Kelas Asas Microsoft Word, E-learning (Typing) dan Video Advokasi
29 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2020, di atas permintaan peserta PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas Microsoft Word dan e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi rapid typing. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip.
Pi Sibuluh juga telah mengadakan kelas advokasi iaitu tayangan video tentang lindungi kanak-kanak pengaruh dalam talian. Kelas ini diadakan oleh Pn Priscilla dan dihadiri seramai 2 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: